Wednesday, May 13, 2009

AL-QURAN MU'JIZAT TERAGUNG

AL-QURAN MU'JIZAT TERAGUNG

Al-Quran merupakan mu'jizat yang teragung yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kebanyakan orang-orang Islam tahu bahawa al-Quran merupakan mu'jizat teragung namun tidak ramai yang pernah menyaksikan mu'jizat al-Quran. Ada di kalangan orang Islam yang mengatakan bahawa mu'jizat al-Quran itu boleh dirasai apabila seseorang membaca al-Quran. Mereka akan rasa tenang, semakin dibaca maka semakin seseorang itu suka kepada al-Quran. Allahu A'lam mungkina dakwaan tersebut benar, namun mu'jizat merupakan fenomena mena'jubkan yang boleh dilihat dan dicerap oleh semua orang terutama mereka yang mencari bukti kebenaran al-Quran dan kebenaran ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

.
Mengapa Mu'jizat al-Quran Tidak Dapat Dilihat?
.
Mu'jizat al-Quran bukan merupakan mu'jizat hissi (pancaindera). Ia adalah bersifat maanawiyy dan ia akan dapat dirasai apabila al-Quran dibaca, difahami kandungannya dan dikaji atau diselidikki. Kalau tidak dilakukan perkara ini, maka mu'jizat al-Quran tidak akan dapat dilihat. Sebab itulah orang-orang Islam perlu baca, faham, kaji dan amalkan akan isi kandungannya! Mu'jizat al-Quran boleh dibahagikan kepada beberapa jenis (i). Mu'jizat dari segi syariat atau perundangan (ii). Mu'jizat dari segi Ilmu dan Sains (iii). Mu'jizat dari segi muzik .
Mu'jizat Dari Sudut Sains Dan Matematiks.
Bila al-Quran Di Turunkan?
.
Al-Quran diturunkan 1400 tahun yang lalu. Surah-surah yang terdapat dalam al-Quran berjumlah 114 surah diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari. Ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. menerusi Malaikat Jibreel. Surah-surah al-Quran diturunkan bukan seperti susunan yang ada sekarang. Surah pertama yang diturunkan ialah surah al-Alaq, surah ke dua ialah surah al-Mudatheer, surah ketiga diturunkan ialah surah al-Muzameel dan seterusnya. Walaupun demikian, surah-surah al-Quran sekarang tidak serupa dengan susunan semasa diturunkan! Siapakah yang menyusunnya?.
.
Fakta Penting
.
Semasa al-Quran diturunkan, sistem angka Muslim (0,1,2,3,4,5,6,7,8,9...) belum wujud. Sistem angka Muslim ini dicipta oleh al-Biruni dan al-Khawarizimi pada kurun ke sembilan (Lihat laman web pada sebelah kanan atas untuk melihat biografi kedua-dua tokoh besar sains Islam)
.

Susunan al-Quran
.
Susunan al-Quran terus dikritik oleh golongan orientalis (mereka yang mengkaji Islam dengan niat untuk mencari-cari kesilapan Islam , kalau ada!). Antara yang dikritik mereka ialah susunan al-Quran yang mereka dakwa tidak bagus dan salah. Mereka berpendapat bahawa susunan al-Quran perlu disusun seperti mana ia diturunkan dan bukan seperti sekarang!
.
Microsoft Excel
.
Satu cara untuk menguji kehebatan al-Quran adalah dengan cara memasukkan bilangan ayat dalam setiap surah ke dalam Microsoft Excel. Ada dua cara memasukkan bilangan ayat setiap surah ke dalam Microsoft Ecxel. 1). Bermula dengan surah terakhir iaitu surah an-Nas. Bilangan ayat dalam surah an-Nas dimasukkan ke dalam sel pertama, bilangan ayat surah al-Falaq ke sel yang kedua, bilangan ayat surah al-Ikhlas ke dalam sel ketiga dan seterusnya sehingga surah al-Fatehah. 2). Cara yang kedua ialah dengan memasukkan bilangan ayat surah al-Fatehah ke sel pertama, diikuti oleh surah al-Baqarah, surah ali-Imran dan seterusnya.

.

Apabila Microsoft Excel diarahkan untuk membina Graf taburan, graf taburan yang diperolehi adalah seperti di bawah.



Susunan surah-surah al-Quran semenjak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. hingga sekarang dan sehingga Hari Qiayamah. Susunannya membentuk satu lengkungan yang besifat seperti terbalik.
Paksi Y ialah bilangan ayat, dari 3 ayat (ayat yang paling sedikit) kepada 286 ayat (ayat yang paling banyak). Paksi Y ialah yang menegak dan paksi X yang mendatar. Paksi X ialah nombor surah dari surah 114 hingga surah 1 sekiranya asalan graf ini di sebelah kiri dan sekiranya asalannya ialah di sebelah kanan, surah pertama ialah surah al-Fatehah.
Sekiranya koordinat disambung-sambungkan mengikut sistem yang betul, ia akan menghasilkan dua graf iaitu graf yang berbentu Allah dan Muhammad. Untuk melihat graf tersebut sila baca blog seterusnya.

No comments:

Post a Comment